Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wajah Terbaru Nico, Dian...

KALAU ditanya kepada semua gadis-gadis yang berusia lewat 20-an dan awal 30-an, siapakah...

94.9 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Seramai 22,214,490 individu atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di...

Terkejut Wajah Seiras, Rossi...

MUNGKIN benar tanggapan bahawa dalam dunia ini terdapat tujuh orang wajah seiras. Ianya turut...

CIDB Sedia Pelan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menerusi anak syarikat milik penuhnya,...

AirAsia Selar Caj PSC klia2 Tak Patut Sama KLIA

AirAsia Malaysia berkata pihaknya berpegang tegas dengan pendirian bahawa keputusan mengenakan caj khidmat pelanggan (PSC) yang sama di KLIA dan klia2 pada asasnya adalah salah dan melanggar prinsip tiada diskriminasi harga.

Ketua Pegawai Eksekutif, Riad Asmat berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu mengekalkan pendapatnya bahawa sepatutnya terdapat dua tahap perkhidmatan berbeza di KLIA (premium) dan klia2 (tambang rendah).

ā€œKami juga berpendirian bahawa Lembaga Wakil Syarikat Penerbangan (BAR) mewakili hanya kepentingan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukannya syarikat penerbangan tambang rendah.

ā€œSyarikat penerbangan yang merupakan anggota BAR sudah mengenakan caj tambang premium kepada penumpang mereka,ā€ katanya dalam kenyataan, sebagai respons kepada kenyataan Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) semalam.

Riad turut mengambil perhatian bahawa BAR tidak boleh menguatkuasakan standard mereka ke atas syarikat penerbangan tambang rendah, yang beroperasi dalam segmen yang berbeza.

MAHB semalam mendakwa kadar PSC di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan syarikat itu tidak menentukan, menetapkan atau mengawal kadar PSC.


Pertikaian berlarutan antara kedua-dua syarikat itu semakin memuncak apabila AirAsia Group Bhd. menyerahkan notis kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB) bagi menuntut hampir RM480 juta bagi kerugian ditanggung daripada beroperasi di klia2.

Sebelum itu, Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. memfailkan saman sivil terhadap AirAsia bagi caj khidmat pelanggan tertunggak. – BERNAMA

Kategori