Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelatih Jururawat Tidak Beretika,...

Rusia – Seorang pelatih kejururawatan berdepan hukuman dibuang dari sebuah sekolah perubatan selepas...

“Air Mata Berharga Untuk...

KUALA LUMPUR - "Air mata berharga untuk bapa saya," demikian menurut Anas Zul...

Mungkinkah 1 Syawal Disambut...

KENAMPAKAN anak bulan adalah asas bagi menentukan permulaan bulan baharu dalam sistem kalendar Hijrah....

Cuma Sebab Hon, Samseng...

Walaupun kes seorang gadis bertudung mengamuk terhadap seorang warga emas pada Julai lalu menggemparkan negara, perbuatan...

Angka Korban Kebakaran Di Dhaka Meningkat 70 Orang

DHAKA – Sekurang-kurangnya 70 terbunuh manakala 50 yang lain dipercayai cedera dalam insiden kebakaran melibatkan beberapa buah bangunan di kawasan Chawkbazar, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam (waktu tempatan) itu, puluhan mangsa dikhuatiri terperangkap dalam bangunan ekoran gagal menyelamatkan diri.

Pasukan penyelamat juga terpaksa mengambil masa lebih sembilan jam untuk memadam kebakaran di ibu negara Bangladesh itu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba Brig Gen Ali Ahmed berkata, kebakaran mula berlaku di kawasan Chawkbazar, yang padat dengan penduduk, sebelum ia merebak ke bangunan lain dengan cepat.

Menurutnya, kira-kira 200 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian dan berjaya membawa mayat keluar serta mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain.

“Siasatan awal mendapati beberapa premis di bangunan tersebut mengandungi bahan-bahan kimia dan plastik,” katanya pada Khamis, seperti dipetik Associated Press.

Sementara itu, Mahfuz Riven, Pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Dhaka dipetik berkata, kesemua mayat mangsa telah ditemui manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital.


Katanya, sejumlah 37 unit Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam bertungkus lumus memadamkan api.

Menurut laporan Bernama, kejadian kebakaran sering berlaku di Bangladesh disebabkan keadaan bangunan yang sudah lama dan tidak diselenggara dengan baik, menyaksikan ratusan nyawa terkorban.

Insiden kali ini adalah kedua terburuk berlaku di bandar itu dalam tempoh sembilan tahun, selepas kebakaran pada 2010 yang mengorbankan 124 orang. – Agensi

Kategori