SAMSUNG memperkenalkan satu aplikasi dating terbaharu dengan cara yang unik, dengan memaparkan gambar-gambar di dalam peti sejuk pengguna.
Aplikasi diberi nama Refrigerdating itu adalah untuk pengguna peti sejuk Samsung yang mempunyai skrin sentuh pada pintunya, membolehkan mereka yang bujang untuk mengenali teman yang berpotensi berdasarkan apa yang disimpan mereka di dalam peralatan elektrik tersebut.
“Mudah saja memuat naik imej dan memberitahu dunia mengenai diri anda,” menurut laman web berhubung aplikasi itu.
“Refrigerdating akan memadankan anda dengan pelbagai jenis peti sejuk, dengan citarasa yang berbeza untuk dipilih,” tambahnya.
Ia menawarkan panduan kepada pengguna menggunakan makanan sebagai laluan untuk mengenali hati budi seseorang.
“Ingatlah bahawa gabungan yang tidak dijangka akan menjadikan restoran tiga bintang,” katanya. – upi.com