Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PKR Ingatkan Pembangkang Menang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan semua pihak bahawa kejayaan pembangkang...

Gadis ‘Rapunzel’ Hasrat Simpan...

PASTI ramai mengetahui mengenai kisah animasi dongeng Rapunzel, seorang puteri yang memiliki rambut...

Tukang Masak Dedah Rejim...

WANITA mana yang tidak mengidamkan tubuh langsing persis supermodel terkenal dari Brazil, Gisele...

Turkiye Gantung Semua Aktiviti...

GLOBAL | Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan negara itu dengan Israel hari ini...

Arab Saudi Nafi Putera Mahkota Berhasrat Beli MU

ARAB Saudi menafikan laporan yang mendakwa putera mahkota negara itu, Putera Mohammed Salman merancang untuk membeli kelab bola sepak Manchester United (MU), lapor agensi berita Turki, Anadolu.

“Laporan mengatakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman berhasrat membeli MU adalah tidak benar,” ciap Menteri Penerangan Arab Saudi, Turki Al-Shabaneh, di Twitternya.

Beliau berkata kelab British itu mengadakan pertemuan dengan Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi adalah untuk membincangkan peluang penajaan.

“Tiada sebarang perjanjian diadakan,” katanya.

Akhbar British The Sun sebelum ini melaporkan Putera Mahkota itu telah berunding untuk mengambil alih kelab dengan harga £3.8 bilion.

MU dimiliki keluarga Glazer yang juga pemilik Tampa Bay Buccaneers, sebuah pasukan bola sepak profesional AS berpusat di Tampa, Florida.


PIF ditubuhkan pada 1971 untuk menyokong projek yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi Saudi.

Ia adalah dana ke-10 terbesar dunia dengan nilai AS$360 bilion, menurut Institut Dana Kekayaan Negara (SWFI). – BERNAMA

Kategori