Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahli Politik Mexico Terbunuh...

SEORANG ahli politik wanita terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Mexico. Nahas berlaku...

Pengguna Subway Berseluar Dalam...

BEBERAPA orang lelaki di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China dengan selamba menaiki Subway (kereta...

Polis Tumpas Sindiket Cuci...

Johor Bahru : Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dengan cara...

Pekerja Kilang Didakwa Tipu...

MELAKA - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer...

Ayam Jadi Rakan Karib Pakar Komputer

MELBOURNE – Seorang pencinta haiwan semakin rapat dengan ayam peliharaannya sehinggakan menghabiskan masa bersama membeli-belah, menonton televisyen dan pergi ke mana sahaja berdua di bandar ini.

Pakar komputer, Angel Muiri mengambil ayam bernama Chookie itu daripada sebuah klinik haiwan 18 bulan lalu, tidak lama selepas dia berhenti makan daging ayam sepenuhnya.

“Chookie memang ayam yang unik. Saya sangat bertuah kerana menemuinya. Chookie adalah haiwan paling comel dan istimewa bagi saya,” kata Muiri.

Pasangan aneh itu sering dilihat berjalan di tepi pantai dengan Chookie yang dipasang rantai leher seperti anjing atau kucing peliharaan lalu dibawa bersiar-siar.

Walaupun ayam boleh menjadi haiwan peliharaan, Muiri mengingatkan mereka yang berniat mengikut jejaknya supaya faham bukan semua ayam mempunyai personaliti dan sikap berani seperti Chookie. – Agensi

Kategori