HANOI – Ramai berpendapat, sehelai baju T memaparkan diktator paling terus di dunia biasanya sukar dijual.
Bagaimanapun di Hanoi, semuanya termasuk restoran sehingga kepada kedai gunting rambut laris, sebelum persidangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada minggu depan.
“Tidak perlu bercakap mengenai Trump, beliau memang lelaki hebat. Semua mengetahuinya. Namun, kita patut selalu menggalakkan Jong Un berhenti menjadi diktator untuk rakyatnya.
“Ia sebab mengapa saya memilih wajah beliau pada baju T kami,” kata pereka baju T, Truong Thanh Duc.
Baju yang dijual Duc menarik perhatian orang ramai yang ingin tahu di kawasan bandar lama di Hanoi, ia adalah kawasan banyak jalan dan gerai yang popular di kalangan pelancong.
Duc berkata, beliau berjaya menjual lebih 300 helai baju T edisi khas itu, katanya, keuntungan jualan akan digunakan untuk membeli roti panjang untuk diedarkan kepada golongan miskin.
Salah satu baju T memaparkan wajah Jong Un, satu lagi memaparkan Trump dan Jong Un bersama di atas perkataan ‘PERDAMAIAN’.
“Saya amat mengagumi dua pemimpin ini. Salah seorang adalah pemimpin negara dengan teknologi paling canggih di dunia dan seorang lagi memimpin negara agak ekstrim.
“Namun, beliau sedar rakyat negara sendiri terlalu miskin dan mahu negaranya dibangunkan,” kata Duc. – Reuters