Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Aura ‘Ustaz Pilot’ Terbang...

PENAMPILAN ala juruterbang dan lontaran suara yang lantang membuatkan ramai penonton terpukau. Itulah...

PSG Risau Lawan Liverpool...

PARIS - Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe kesuntukan masa untuk...

Pesta Durian Sg Kandis...

WALAUPUN Malaysia sekarang ini disebut-sebut sebagai "Malaysia baharu" oleh Pakatan Harapan (PH) dan...

Perogol Sasar Budak Miskin...

NEW DELHI - Seorang pembunuh bersiri kejam mematahkan kaki sekurang-kurangnya sembilan budak perempuan...

Bapa Didakwa Dera Anak 4 Tahun Sampai Cedera

SEORANG bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia empat tahun sehingga cedera di bahagian badan dan kaki.

Tertuduh berusia 32 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr. Gan Chee Keong.

Lelaki, yang bekerja sebagai pengurus akaun di syarikat miliknya, didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada kanak-kanak perempuan itu sehingga menyebabkan kesan kecederaan di bahagian badan dan kaki mangsa di sebuah rumah di Sentul pada 12.30 tengah malam, 3 Januari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Akmal Anuar tidak menawarkan sebarang wang jaminan kerana bimbang tertuduh akan mendera mangsa lagi.

“Kecederaan yang dialami mangsa sangat serius maka pendakwaan tidak menawarkan jaminan,” katanya.


Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dibenarkan kerana dia penanggung tunggal keluarga dan isterinya tidak bekerja.

“Saya sudah berbaik dengan isteri dan saya kini tinggal dengan anak. Anak pun saya jaga. Anak tidak mahu makan jadi saya hukum untuk didik anak,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

Kategori