Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lebih Banyak Skim Pelaburan...

HANYA beberapa hari selepas pendedahan mengenai JJPTR dibuat, lebih banyak skim pelaburan forex...

Pengundi PD Mohon Isytihar...

KUALA LUMPUR – Seorang pengundi berdaftar di Port Dickson (PD) menfailkan saman pemula...

Video: Wanita Tunjuk Tarian...

BARANGKALI inilah tarian paling seksi dan mantap yang pernah ditunjukkan di majlis perkahwinan!Video...

Sabotaj Perbankan Negara, Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Feb untuk sebutan semula kes bekas...

Bekas Simpan Lipstik Berharga Hampir RM5,000

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan sahaja?

Mungkin tidak masuk akal buat sesetengah individu, namun bagi yang kaya dan meminati fesyen, ia tidak menjadi masalah buat mereka.

Terbaharu, jenama fesyen popular, Louis Vuitton (LV) mengeluarkan bekas penyimpan lipstik yang berharga £960 (RM4,397).

Ia sudah dijual di Australia dan bakal menjengah ke pasaran United Kingdom, lewat bulan ini.

Majalah fesyen terkemuka, Vogue turut memuji keluaran terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai satu aksesori yang wajib dimiliki penggemar fesyen.

Kotak kulit itu hadir dengan dua warna iaitu coklat dan light tan.


Selain cermin mini di dalamnya, ia juga mampu memuatkan dua lisptik.

Ia dilengkapkan dengan rantai, membolehkan anda menggantungnya di leher seperti beg biasa.

Pengenalan aksesori itu turut menjadi perbualan hangat di laman Twitter. – Daily Mail

Kategori