MONMOUTH – Sebuah rumah dengan seni bina Gothic disenaraikan untuk dijual pada harga £163,150,000 (RM817,233), namun lelongan itu ada sudut menyeramkan kerana kediaman tersebut terletak di sebelah tanah perkuburan Chepstow di sini.
Rumah itu dipercayai pernah digunakan sebagai kediaman penggali dan penjaga kubur sejak mula dibina pada tahun 1854 sebelum ditukar menjadi rumah tumpangan kepada ahli keluarga mengebumikan mayat saudara mereka. Ia memiliki dua bilik tidur di tingkat atas dan tiga bilik di tingkat bawah.
Uniknya, pemilik yang berminat membeli hartanah dilengkapi halaman belakang tertutup dan ruang parkir itu akan dibekalkan kunci pagar tanah perkuburan tersebut sebaik urusan jual beli selesai.
Pemilik firma lelongan yang menjual kediaman itu, Paul Fosh berkata: “Rumah tersebut amat sesuai untuk penghuni yang mahukan suasana sunyi dan bebas daripada jiran-jiran bising.” – Agensi