BERAT badan Presiden Donald Trump dilaporkan bertambah sehingga capai tahap obesiti.
Laporan Indeks Jisim Badan (BMI) Trump dilaporkan pada tahap 30.4 di mana melepasi tanda aras obesiti.
Memetik laporan AP, laporan doktor peribadinya, Sean Conly, menunjukkan Trump mempunyai berat badan 110 kilogram berbanding tahun sebelumnya, 108.4 kilogram.
Bagaimanapun, dalam kenyataan ringkas, Conly berkata keadaan kesihatan Trump “amat baik secara keseluruhan.”
“Walaupun berat presiden sudah capai tahap obesiti, namun tahap tekanan darah beliau pada paras normal,” jelasnya.
Katanya lagi, tiada perubahan drastik yang berlaku sewaktu pemeriksaan kesihatan terhadap Trump termasuk keadaan kesihatan mata, telinga, hidung, mulut, gigi, dan jantung.
Bagaimanapun, dos ubat antikolesterolnya, Rosuvastatin dinaikkan kepada 40 miligram setiap hari tahun ini dari 10 miligram.
Secara amnya, Trump sebelum ini dilaporkan tidak menghisap rokok dan tidak mengambil minuman berakohol tetapi gemar makan makanan ringan. – Astro AWANI