Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dovizioso Rampas Petak Pertama...

SEPANG - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso akan memulakan perlumbaan kelas MotoGP dari petak...

Kayuh Basikal Cari Rezeki...

IPOH - Lelaki ini cekal mengayuh basikal hampir setiap hari untuk menjual pelbagai...

Banjir Ragut 63 Nyawa...

ULAN BATOR - Bencana banjir di Mongolia mengorbankan 63 orang, termasuk 15 kanak-kanak...

Vaksin COVID-19 Berasaskan Tumbuhan...

OTTAWA: Sekumpulan saintis Kanada menemui penghasilan sejenis vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan yang berkesan...

Bersihkan Hutan Gombak Untuk Projek PKNS Dibantah

PETALING JAYA – Sebuah organisasi yang memayungi 8 kumpulan pencinta alam memberi amaran kepada kerajaan Selangor yang meneruskan projek perumahan yang dikatakan akan memusnahkan hutan simpan di Gombak dan mengancam kawasan legar hidupan liar di hutan berhampiran.

Treat Every Environment Special (TrEES) juga mendesak pihak berkuasa negeri tidak mengeluarkan tanah yang merangkumi 23 hektar pokok asal di Bukit Lagong, termasuk “hutan pokok tinggi dan berkanopi semula jadi” sebagai hutan simpan kekal.

“Spesies pokok asal seperti Meranti Tembaga, Meranti Kepong, Merbau dan Petai, serta hidupan liar adalah contoh hutan pamah dipterokarpa di kawasan itu,” kata TrEES kepada FMT.

Difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional pada 2003.

Tahun lalu, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, Hee Loy Sian dilaporkan berkata tanah itu tidak lagi sesuai sebagai hutan simpan, sambil menambah negeri itu akan menggantikannya dengan penwartaan hutan yang lebih besar di Semenyih.

Peta di laman web FRIM menunjukkan zon hijau dan biru di Taman Hutan Selangor. Lorekan merah menunjukkan kawasan yang akan dikeluarkan sebagai hutan simpan.

Pada Disember, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), yang terletak kira-kira 3km dari kawasan Bukit Lagong, memberi amaran pembersihan hutan mungkin menjejaskan pencalonannya untuk Tapak Warisan Dunia Unesco.

TrEES berkata kawasan yang dicadangkan untuk dikeluarkan sebagai hutan simpan adalah sangat sensitif dan menambah ia dilabelkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (ESA) Rank 1 oleh Jabatan Alam Sekitar.


Di bawah Rancangan Fizikal Negara 2005, kawasan ESA Rank 1 melarang pembangunan, pertanian dan pembalakan, hanya pelancongan dan penyelidikan alam sekitar yang berimpak rendah untuk tujuan pendidikan sahaja dibenarkan.

TrEES berkata kawasan sekitar Bukit Lagong dilanda tanah runtuh pada 2009 semasa pembangunan Taman Amansiara, sebuah kawasan kediaman berdekatan.

Ia berkata sekurang-kurangnya 3 sungai dari aliran Sungai Gapis melalui tanah itu dan berfungsi sebagai sumber air untuk hidupan liar yang tinggal di kawasan hutan.

“Kawasan pemuliharaan biologi ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan yang membekalkan air bersih untuk masyarakat setempat, melindungi cerun, menghalang tanah runtuh dan yang paling penting, adalah kawasan penempatan Orang Asli,” kata kumpulan itu bersama Persatuan Alam Semulajadi Malaysia, kumpulan Orang Asli dan beberapa persatuan penduduk yang menentang pembersihan hutan di kawasan kejiranan mereka. – FMT

Kategori