BUDAK perempuan yang melahirkan seorang bayi pada usia 12 tahun dihamilkan oleh abang tirinya yang berusia 14 tahun.
Budak perempuan itu melahirkan bayi tersebut di Perth, Australia sebelum dia dipindahkan ke Hospital King Edward Memorial bersama anaknya yang dilahirkan dalam keadaan sihat, awal bulan ini.
Dia telah memberitahu kakitangan hospital bahawa dia tidak tahu dirinya hamil.
Pesuruhjaya Polis WA Chris Dawson berkata keselamatan bayi dan ibu adalah penting.
“Keadaan ini sangat menyentuh hati dan sensitif, tetapi kami sangat prihatin untuk memastikan mekanisme sokongan yang betul,” katanya kepada West Australian.
“Walaupun terdapat siasatan polis, ia memberi keutamaan terhadap kebajikan mereka berdua,” katanya.
Pasangan adik-beradik itu boleh didakwa kerana terlibat dalam aktiviti seksual kerana kedua-duanya berada di bawah usia 16 tahun.
Bagaimanapun, pendakwaan nampaknya tidak mungkin dikenakan terhadap ibu bapa bayi itu.
Gadis itu berkata dia tidak sedar bahawa dirinya hamil sehinggalah dia melahirkan seorang bayi di rumah, difahamkan pada awal Januari.
Sumber-sumber kerajaan berkata situasi itu adalah ‘rumit dan menyedihkan’ dan ahli keluarga begitu kecewa apabila mereka mengetahui tentang kehamilan itu.
Agensi kesihatan dan kebajikan tampil memberi sokongan kepada keluarga ini.
Jurucakap Jabatan Masyarakat berkata dia tidak dapat memberi komen mengenai siapa yang akan menjaga bayi itu, untuk melindungi privasi mereka yang terlibat. – Mail Online