Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PAS Desak Suruhanjaya DiRaja...

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat dan mengkaji...

Lagi Syarikat Penerbangan Gagal...

PETALING JAYA - Belum reda isu sebuah syarikat penerbangan bermasalah, timbul pula dakwaan...

Isteri Curang Berzina Melekat...

SEORANG lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menangkap isterinya yang curang, iaitu dengan menggunakan...

Fatwa Larang Solat Duduk...

DHAKA — Sebuah fatwa dikeluarkan badan pemerintah tempatan yang melarang seseorang menjalankan ibadah solat...

Budak Nyaris Maut, Kejar Cicak Punya Pasal

BANGKOK – Seorang budak perempuan berusia empat tahun nyaris maut apabila terjatuh dari bumbung sebuah hospital di Thailand, namun bernasib baik apabila gaunnya tersangkut pada tulisan di sisi bangunan itu.

Kanak-kanak Myanmar itu menemani ayahnya ke Hospital Paholpolpayuhasena di Kanchanaburi untuk rawatan pada Ahad lalu, tetapi terpisah daripada ayahnya dan menaiki tangga kecemasan ke bumbung bangunan tujuh tingkat itu kerana mengejar seekor cicak.

Dia kemudian memanjat sisi bangunan dan terjatuh. Seorang pengunjung hospital memaklumkan kakitangan selepas mendengarnya menjerit dan enam jururawat yang bergegas membantu terkejut melihatnya seolah-olah tergantung di udara.

Seorang jururawat dengan berani memanjat ke bawah untuk mencapai tangan kanak-kanak itu manakala rakan-rakannya memeluknya supaya tidak jatuh. Pada masa sama, seorang pengunjung di aras di bawah menunggu di balkoni untuk menyambut kanak-kanak itu sekiranya terlepas.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan walaupun masih terkejut.

Sementara itu bapanya berkata: “Dia memang suka mengejar cicak, jadi saya membiarkannya. Saya tidak menyangka dia akan naik ke bumbung.” – Agensi

Kategori