Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Presiden PKR Dakwa PAS...

SUNGAI SIPUT - Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa...

Pelancong British Mati Bungee...

SEORANG wanita dari Britain, Klyo De Abreu, 23 (gambar bawah), maut selepas terjunan...

Pelajar ‘Blonde’ Nafi Pijak...

PELAJAR rambut perang yang didakwa salah seorang suspek kes buli pelajar tingkatan satu...

Cadangan Tanam Ketum Perlu...

PUTRAJAYA - Cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menanam...

Cadangan Baharu Ekonomi, Perdagangan Dibincang Dalam Pertemuan TPM Dengan Sultan Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Beberapa cadangan baharu di dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang bermanfaat untuk Malaysia dan Brunei dibangkitkan pada pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata ia termasuk cadangan mewujudkan kerjasama di antara dewan perniagaan Malaysia dengan dewan perniagaan Negara Brunei Darussalam.

“Ia adalah berterusan Kerajaan Malaysia yang baharu dalam mengukuhkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dan strategik,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, malam ini.

Beliau yang tiba di sini pagi ini sedang dalam lawatan rasmi selama dua hari di Brunei, yang merupakan satu daripada lawatan pengenalan beliau ke negara-negara ASEAN.

Beliau berkata sesi pertemuan dengan Sultan Brunei dimanfaatkan untuk menyatakan dengan lebih lanjut berkaitan dasar-dasar Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya beliau turut sependapat dengan Sultan Brunei, bahawa hubungan Malaysia dan Brunei ketika ini berada di tahap terbaik.

“Baginda menzahirkan bahawa baginda mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akan berjumpa dengannya di mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 pada 5 Mac ini di Putrajaya,” katanya.


Dr Wan Azizah berkata isu-isu serantau yang membabitkan peranan Malaysia, seperti peranannya dalam membantu pelarian Rohingya menerusi aktiviti kemanusiaan dengan penubuhan Hospital ‘Medan’ Malaysia di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh, turut disentuh dalam pertemuan itu.

Merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri bertanggungjawab mengenai wanita, keluarga dan masyarakat, Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin, Dr Wan Azizah berkata antara yang dibincangkan adalah usaha meningkatkan lagi kerjasama golongan wanita dan belia antara kedua-dua negara.

“Kami juga bertukar-tukar pandangan berkaitan amalan terbaik bagi dasar-dasar yang dapat membantu golongan warga emas… ia termasuk (pandangan mengenai) usaha-usaha yang telah dan boleh dilaksanakan bagi membantu persediaan golongan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata beliau turut menawarkan kerjasama dari Malaysia untuk membantu Brunei dalam usaha berkaitan rehabilitasi golongan berkeperluan khas serta usaha memerangi jenayah siber lebih-lebih lagi yang membabitkan perlindungan kepada kanak-kanak. – BERNAMA

Kategori