Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Atlet Muda Perlu Diberi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada...

MoU Adalah Tawaran Baharu

KUALA LUMPUR - Kerjasama yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan...

Selepas 20 Tahun Di...

BUENOS AIRES – Seekor orang utan betina akhirnya berjaya dibebaskan daripada kurungan Zoo...

Najib Yakin Ahmad Zahid...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kewibawaan Timbalan Perdana...

Catriona Gray Dikecam Peraga Busana Ciplak

CATRIONA Gray menempa sejarah apabila dinobat Miss Universe 2018, bagaimanapun kali ini Ratu Cantik Filipina ini sekali lagi mendapat perhatian media tetapi untuk sesuatu yang mengaibkan.

Jelitawan itu baru-baru ini dilihat menghadiri pertunjukan fesyen di Sherri Hill pada Minggu Fesyen New York dengan memperagakan busana yang rekaannya hampir sama milik pereka terkemuka India.

Yang menarik perhatian adalah pakaian itu adalah koleksi 2016 Sabyasachi Mukherjee Firdaus.

Susulan itu, Catriona dikecam kerana memakai busana yang mirip rekaan pereka berkenaan.

Menerusi sebuah akaun Instagram, gambar Catriona dan busana asal yang diperagakannya baru-baru ini dimuat naik sebagai bukti ia sesuatu yang diciplak.

Pada gambar itu tercatat kapsyen, “Biar betul! @catriona_gray di @sherrihill dan pada 2016 @sabyasachiofficial. Fikirkanlah.”


Busana yang diperagakan Catriona menampilkan sulaman bunga-bungaan dan potongan berbelah di tengah, seperti mana rekaan yang dihasilkan Sabyasachi.

Cuma sedikit kelainan yang ditampilkan apabila Catriona memakai skirt pendek, manakala gaun oleh Sabyasachi adalah pakaian tradisional India. – IndiaToday

Kategori