Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wujud Akta Pengurusan Lebihan...

KULIM - Akta pengurusan lebihan makanan perlu diwujudkan segera bagi memastikan premis perniagaan...

Wardar Penjara Tewas Digoda,...

Cuiaba, Brazil - Seramai 28 banduan meloloskan diri dari penjara Nova Mutum selepas...

DEB Tidak Mampan, Perlu...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dasar ekonomi melalui...

Sazali Terpaksa Tunggu Sehingga...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa menunggu sehingga 2019...

Datuk Memasak Untuk Anak Yatim Miliki 4 Juta Pengikut

PERNAHKAH anda semua menonton video di saluran YouTube bernama ‘Grandpa Kitchen’?

Ia mengetengah inisiatif seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun yang memaparkan bakat memasaknya dalam skala besar.

Narayana Reddy dari Telegana, India juga digelar datuk dalam ‘Granpa Kitchen’ di saluran YouTube bagaimanapun bukan memasak sekadar untuk menunjuk atau berkongsi resepi sebaliknya beliau berbuat demikian untuk golongan yang memerlukan makanan di kawasan sekitarnya terutama anak-anak yatim.

Hasil perkongsian cara dan gaya masakan bersahaja tanpa sebarang “protokol” akhirnya berjaya menarik 4 juta pengikut dan purata 2.38 juta orang penonton untuk setiap video sejak saluran itu diwujudkan pada 2017.

Bukan seorang chef professional atau chef selebriti dan tidak mempunyai pendidikan formal yang tinggi, malah berpenampilan seperti seorang lelaki tua yang biasa, Narayana membuktikan kemahiran memasak yang pelbagai jenis kulinari seperti nasi briyani, ayam, mi dan kek untuk anak-anak yatim.


Setiap video tersebut menunjukkan proses memasak yang dilakukan sekitar 12 hingga 15 minit di bantu oleh beberapa lelaki bagi menyiapkan hidangan besar itu.

Menariknya, Narayana memasak di kawasan lapang bersama beberapa pembantu lelaki dengan hanya menggunakan kayu api dan setiap hidangan yang disediakan lazimnya untuk keperluan lebih 100 kanak-kanak yatim di pelbagai daerah di India.

Video yang dimuatnaik di YouTube dimulakan dengan frasa, “Loving. Caring. Sharing and this is my family”, dan diakhiri dengan paparan kanak-kanak sedang menikmati makanan dengan rasa yang gembira.

Beliau bukan sahaja membantu kanak-kanak yang susah dengan memasak secara percuma tetapi turut menyediakan keperluan asas seperti pakaian, bekalan sekolah dan hadiah hari jadi. – FMT

Kategori