TULSA – Demi cinta yang mendalam, seorang pemuda sanggup mencuri lori Pepsi semata-mata untuk berjumpa kekasihnya di lapangan terbang.
Sebelum kejadian berlaku, lelaki dari Oklahoma, Amerika Syarikat itu dipercayai sedang mengalami masalah dengan teman wanitanya dan cuba memujuknya.
Bagi memujuk wanita tersebut, lelaki itu bertindak mencuri lori Pepsi ketika pemandu itu sedang memunggah minuman berkarbonat di bahagian belakang lori.
Ekoran kejadian itu, banyak tin minuman berkarbonat dijumpai berselerak di atas jalan raya.
Polis tempatan melaporkan lelaki tersebut berjaya ditahan dalam kesesakan lalu lintas. Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam dalam insiden itu.
Pemuda itu akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencuri dan cubaan melarikan diri. – Agensi