Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

‘Bukan Seorang Pengurus… Lebih...

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menawarkan peranan yang...

Zakir Naik Sah Dapat...

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi memberikan kerakyatan negara tersebut kepada pendakwah terkenal dari...

Suami Beri Ucapan Birthday...

SEMALAM kecoh di laman Twitter apabila tular satu posting tentang ucapan hari lahir...

Najib Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan...

Dua Maut Selepas Makan Ikan Buntal

JAKARTA – Dua maut selepas memakan ikan buntal di daerah Maron di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.

The Jakarta Post yang memetik kompas.com, melaporkan Baidowi dan isteri, Suhaina bersama dua anak mereka Mahfud dan Habihulloh menangkap ikan itu untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.

“Mereka berasa pening, mual dan tekak seperti terbakar sebaik saja memakan ikan buntal.

“Jiran membawa mereka ke pusat rawatan berdekatan namun Baidowi dan Suhaina disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu manakala kedua-dua anaknya masih dirawat di hospital,” kata ketua jenayah Polis Maron, Sugeng Supriyantoro.

Mahfud berkata, dia dan keluarganya sering menikmati ikan buntal tetapi tidak pernah tahu ia beracun.


“Kami sudah lama memakan ikan itu namun baru kini kami terkena racunnya,” kata Mahfud.

Di Jepun, ikan itu dianggap sebagai hidangan istimewa, dikenali sebagai fugu, tetapi hanya chef fugu yang berlesen sahaja boleh menyediakan ikan buntal untuk dimakan. – Agensi

Kategori