Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

PM Lancar Buku Pelan...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku Pelan Pelaksanaan...

Terperangkap Bersama Mayat Suami

Johor Bahru - Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas lumpuh yang terperangkap...

Impian Kanak-Kanak Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - Impian seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit sistem imun atau...

Hanya Kerana Hutang, Budak...

INDIA – Malang menimpa budak lelaki berusia sembilan tahun ini apabila dia diikat,...

Ekonomi Negara Alami Deflasi

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia terjerumus ke dalam deflasi bulan lalu, kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009 berikutan penyusutan harga minyak.

Indeks harga pengguna (IHP) susut 0.7 peratus berbanding setahun lalu selepas berlegar di bawah paras satu peratus dalam tempoh tujuh bulan lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Anggaran penengah atau median dalam kajian Bloomberg menunjukkan penguncupan 0.4 peratus.

Kerajaan baru-baru ini mengubah model subsidi minyak dengan menetapkan harga secara mingguan bagi mencerminkan pergerakan minyak mentah global dengan lebih cepat.

Ia sekali gus mendorong kepada penyusutan 7.8 peratus kos pengangkutan pada Januari berbanding bulan sama tahun lalu, penurunan terbesar berbanding kategori lain.

Walaupun tekanan harga semakin reda, kerajaan masih bimbang kerana kesannya tidak dirasai rakyat.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kini sedang mengenalpasti bagaimana deflasi boleh menurunkan kos sara hidup.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar faedah pada 3.25 peratus sejak ia dinaikkan pada Januari 2018.


Kerajaan menjangkakan aliran menaik untuk purata inflasi pada tahun ini.

Kali terakhir Malaysia mengalami deflasi adalah pada Jun hingga November 2009 dengan ekonomi menguncup 1.5 peratus pada tahun itu.

Dalam pada itu, kos makanan dan minuman alkohol meningkat satu peratus pada Januari berbanding bulan sama tahun lalu, didorong kenaikan 8.4 peratus harga telur dan 5.3 peratus harga ayam.

Keadaan itu menyebabkan kerajaan memulakan siasatan pada Disember untuk mengenal pasti sebarang aktiviti kartel dalam kalangan industri.

Pada Januari, Kuala Lumpur adalah satu-satunya wilayah yang menyaksikan peningkatan IHP dengan inflasi pada 0.2 peratus. – Bloomberg

Kategori