Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Majlis Pertunangan Penyanyi...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Haziq AF yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Maisarah...

Pengeluaran Minyak Sawit Dijangka...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran minyak sawit di Malaysia dijangka merosot pada 2020 daripada...

Individu Tular Video Remaja...

AMPANG - Individu yang menularkan rakaman insiden seorang remaja memukul ibunya dalam kejadian...

Keychain Tanda Salib Di...

HEBOH di laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam keychain milik...

Facebook Bakal Berdepan 2 Lagi Siasatan

NEW YORK – Facebook Inc. mungkin berdepan sekurang-kurangnya dua lagi siasatan di Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan penyalahgunaan data pengguna, lapor Bloomberg semalam.

Laporan yang memetik sumber terdekat itu berkata, Peguam Negara Pennsylvania, Josh Shapiro dan rakan sejawatnya dari Illinois, Kwame Raoul sudah bekerjasama dengan Connecticut untuk memberi tumpuan kepada siasatan dakwaan sedia ada.

New York, New Jersey dan Massachusetts turut menyiasat gergasi media sosial terbabit dan cuba mendedahkan sebarang pelanggaran yang tidak diketahui.

Pejabat Peguam Negara Illinois enggan mengulas lanjut perkara terbabit, manakala pejabat peguam negara Pennsylvania dan Facebook gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.

Facebook dan gergasi teknologi lain berdepan tekanan sejak lebih setahun lalu selepas satu pendedahan bahawa syarikat perunding British Cambridge Analytical memperoleh data berjuta-juta pengguna AS untuk dijadikan sasaran iklan pilihan raya.


Susulan pendedahan itu, beberapa syarikat berteknologi tinggi terpaksa memberi keterangan di Kongres tahun lalu. – Reuters

Kategori