Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PM Mahu KPT Beri...

KUALA LUMPUR – Pengurusan universiti perlu diberi lebih ruang dan kelonggaran untuk meneliti...

“Beri Lesen Kepada Pemaju,...

"PEMBELI boleh mati!" demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim...

BN Sasar Menang 10...

BANDAR BAHARU: Sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah menjadi sasaran Barisan Nasional (BN)...

Keluar Lokap, Fahmi Zainol...

Biarpun telah dituduh dengan sembilan dakwaan oleh Lembaga Tatatertib Universiti Malaya (UM), mahasiswa...

Fenomena ‘Terbang’ Guna Barang Keperluan Harian

SATU cabaran media sosial yang menyaksikan barang-barang kegunaan harian digunakan untuk mendapatkan rakaman di dalam pesawat menjadi fenomena di China.

Orang ramai telah menggunakan cara pintar dengan menggunakan barangan seperti tempat duduk tandas, botol pencuci dan kerusi dalam usaha membuatkan orang lain berfikir mereka sedang terbang.

Hashtag ‘konon-konon berada dalam kapal terbang’ telah ditonton lebih 20 juta kali di laman web Weibo.

Dalam salah satu video yang paling popular di laman web ini, seorang wanita dapat dilihat sedang duduk di atas kapal terbang sambil melihat ke landasan tapi sebenarnya dia hanya duduk di depan televisyen dan bergambar dengan alas mangkuk tandas.

Seorang pengguna menulis: “Keinginan untuk berjalan ke seluruh dunia akan direalisasikan.”

Sementara itu ada yang menulis: “Ini penuh dengan kreativiti.”

“Ini adalah bakat peribadi,” kata seorang yang lain.


Dalam satu lagi video, ada yang menggunakan gambar pemandangan dari atas dalam percubaan mereka.

Ia bukanlah cabaran media sosial yang pertama yang mencetuskan fenomena di China.

Tahun lalu tular di negara itu cabaran ‘tayang kekayaan’. – Evening Standard

Kategori