Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Waris Mayat Banduan Tidak...

GEORGE TOWN - Penjara Seberang Perai (PSP) mencari anggota keluarga atau waris kepada...

UiTM Kekal Untuk Orang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar...

Abang Johari Nafi DUN...

SIMANGGANG - Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengaku menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

Wanita Dibunuh Selepas Lihat...

Petaling Jaya - Malang buat seorang wanita warga tempatan berusia 40 tahun yang...

Gajah Tertua Di Asia Mati Pada Usia 88 Tahun

SEEKOR gajah yang dilaporkan tertua di Asia, Dakshayani dilaporkan mati pada usia 88 tahun di Bagian Kerala, India pada Selasa.

Mendapat jolokan nenek gajah, Dakshayani disahkan mati selepas seluruh badannya menggigil sebelum membengkokkan kakinya dan berbaring.

Menurut laporan daripada Kompas, gajah betina itu tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang ritual agaman yang diadakan sejak sekian lama.

Dewan Travancore Devaswom yang bertanggungjawab memelihara gajah itu dalam satu kenyataan memberitahu lazimnya usia gajah yang dipelihara mampu untuk bertahan lebih daripada usia 40 tahun.

Justeru, Dakshayani bakal menjadi gajah tertua berbanding Lin Wan yang mati pada usia 86 tahun semasa berada dalam jagaan sebuah taman di Taiwan pada 2003.


Presiden dewan itu, Prayar Goplakrishnan turut mengakui menerima keceman kerana terus menyimpan Daksyayani berbanding melepaskannya ke hutan.

“Ada banyak sebab mengapa kami tidak boleh melepaskan Dakshayani, namun kami sentiasa memastikan ia mendapat ruang yang cukup untuk bergerak,” katanya. – Agensi

Kategori