Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ada Nama Pengundi Dipakai...

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Tanjung Piai pagi...

Pahang Catat 91 Kes...

KUANTAN - Sebanyak 91 kes demam denggi telah direkodkan dalam tempoh sembilan hari...

Keputusan Najib Tak Akan...

KUANTAN - Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan kabinet...

10,052 Kes Covid-19, 15,893...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan dengan 10,052 kes termasuk 21 kes...

Gempa Bumi Kuat Gegar Barat Daya Maluku

GEMPA bumi bermagnitud 5.9 pada Skala Richter menggegarkan kawasan barat daya Maluku Utara, Indonesia pagi ini.

Gempa berpusat di 130Km barat daya Ternate-Maluku Utara itu berlaku pukul 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gegaran gempa itu dirasakan di Manado, Bitung dan Kotamobagu.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.

Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 2.46 pagi ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak kira-kira 327 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Kategori