CANBERRA – Air kotor yang dibawa banjir di utara Australia telah merebak sehingga ke kawasan terumbu karang terkenal, Great Barrier Reef yang meletakkannya di bawah tekanan baharu selepas beberapa bahagian mengalami pelunturan pada 2016 dan 2017.
Krisis banjir tersebut berlaku selepas hujan berterusan selama beberapa minggu di Queensland.
Gambar diambil dari udara menunjukkan aliran air kotor dari sebuah sungai telah menyelubungi sebahagian kawasan terumbu karang di kawasan seluas lebih 60 kilometer (km) dari pantai.
Saintis kini bimbang mendapan tersebut mungkin akan menghalang cahaya yang akan menyekat pertumbuhan terumbu karang di kawasan seluas 344,400 km persegi yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
Air kotor tersebut bagaimanapun tidak mengalir keluar kerana saiz dan tiupan angin serta gelombang yang perlahan.
Saintis dari Universiti James Cook, Jane Waterhouse, angin kencang mungkin dapat mengurangkan kesannya. – BBC