KUANTAN – Seorang guru tabika kerugian RM10,300 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam, kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 32 tahun berkenaan mendakwa menerima panggilan telefon daripada sebuah bank di ibu negara berhubung tunggakan bayaran balik pinjaman semalam.
“Panggilan itu kemudiannya dikatakan disambung ke Balai Polis Seri Kembangan dan mangsa diarahkan bercakap dengan Sarjan Adam berhubung kes tersebut.
“Sarjan Adam meminta mangsa membayar RM10,300 jika mahu kes ditutup dan mangsa membuat bayaran sebanyak lima kali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Wazir berkata mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, selepas membuat traksaksi itu kerana merasakan dirinya ditipu. – BERNAMA