Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MDKL Ambil Tindakan Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang masih belum membayar kompaun kesalahan tempat letak...

Shamsul Iskandar Dilantik Setiausaha...

Bekas ketua penerangan PKR Pusat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai...

Pemalsuan Dokumen, 3 Warga...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia ditahan dipercayai aktif...

Sarawak Tubuh Agensi Baharu...

KAPIT - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini...

Haramkan PUBG Satu Tindakan Mundur – PM India

PERMAINAN video popular PUBG menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Ada yang ketagih dengan permainan itu, malah ada pula yang memohon agar ia diharamkan.

Baru-baru ini misalnya, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun memohon agar kerajaan India mengharamkan permainan itu.

Terbaharu, Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menjawab soalan mengenai permainan itu.

Menerusi acara Pariksha pe Charcha 2.0, seorang wanita bertanya kepada Narendra mengenai kebimbangannya terhadap PUBG.

Ujar wanita itu, dia bimbang apabila anaknya ketagih bermain PUBG sehingga lalai untuk fokus terhadap pelajaran.

“Adakah dia salah seorang yang ketagih dengan PUBG?” soalnya ringkas sekaligus mengesahkan bahawa dia juga tahu mengenai kewujudan permainan itu.

Jawapan ringkas itu disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang berada di acara itu.


Nahendra turut memberi idea kepada wanita itu dalam mengatasi isu berkenaan.

Ujarnya, tidak semestinya teknologi itu membawa kesan buruk sebaliknya mereka perlu dididik untuk menggunakannya dengan baik.

“Kalau kita rampas teknologi dari kanak-kanak, itu satu tindakan yang mundur.

“Pelajar harus diajar untuk gunakannya dengan bermanfaat, ibu-bapa juga harus peka dengan trend dalam teknologi hari ini,” katanya.

Malah kata Nahendra, teknologi juga boleh digunakan untuk perkembangan diri individu jik digunakan dengan tepat. – Yahoo

Kategori