Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Majikan Binatang Dera Pekerja...

JOHOR BAHRU - Majikan yang didakwa mendera pekerjanya dipercayai menggunakan objek tumpul dan...

1,126 Penumpang SkyCab Selamat...

LANGKAWI - Kesemua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung...

Jentera BN Di Permatang...

BUKIT MERTAJAM - Jentera Barisan Nasional (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya...

Pembangkang Mahu Kumpul 1...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang melancarkan Kempen #BantahGST yang bertujuan mendapatkan 1...

Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera Naik RM1

GEORGE TOWN – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan menaikkan harga tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera bermula 1 April ini, kata pengurus besarnya, Cheok Lay Leng hari ini.

Katanya, tiket laluan normal bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas bagi laluan sehala naik RM1 iaitu RM5 kepada RM6 berkuatkuasa April nanti.

“Harga tiket baharu itu adalah bagi pemegang Mykad, Mykid, warga asing yang mempunyai permit bekerja di atas Bukit Bendera dan pasangan kepada warga Malaysia manakala harga bagi pas bulanan (RM40) pelancong asing (RM15 bagi sehala) serta promosi ‘sunrise/sunset’ (RM3.50 sehala) tidak berubah.

“Tiket promosi sunrise/sunset hanya boleh digunakan bermula pukul 6.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 7.30 malam hingga 9.45 malam dan untuk orang kelainan upaya (OKU) adalah percuma,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Menurutnya, harga baharu itu dilaksanakan berikutan peningkatan kos operasi dan kos penyelenggaraan sistem funikular serta peningkatan kemudahan infrastruktur awam dan kemudahan di kawasan puncak Bukit Bendera. – BERNAMA

Kategori