Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

RM55 Harga Untuk Sekeping...

Bukti bagi kisah ini adalah resit bulan lalu tapi tak apalah, bagi yang...

“Lari Ikut Kekasih Antara...

KUALA LUMPUR - Lari mengikut kekasih antara lima punca utama kes kanak-kanak dan...

Tempelak Pembangkang Dakwa SPRM...

ALOR SETAR - Menteri Besar Keadh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari...

WARISAN Intai 26 Kerusi...

PRU15 | Warisan akan mempertaruhkan 26 calon di kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia...

“Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Adib”

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada sebarang campur tangan politik berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Jelas beliau, semua pihak termasuk dirinya mahu mengetahui kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa anggota bomba tersebut.

“Saya amat berharap kebenaran sebenar-benarnya akan dapat kita perolehi tidak lama lagi dan keluarga Muhammad Adib akan mendapat keadilan serta tiada campur tangan politik dalam kes ini,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang mendedahkan pihak polis sedang menyiasat dua kemungkinan berhubung punca kematian Muhammad Adib.


Berdasarkan laporan yang memetik sumber polis itu, dua kemungkinan yang menyebabkan kematian anggota bomba itu ialah sama ada dipukul atau dilanggar jentera bomba. – Sinar Harian

Kategori