Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NADMA Kena Perluas Sistem...

KEMAMAN – Agensi Pengurusan Banjir Negara (NADMA) disaran memperluaskan sistem pendaftaran banjir dalam...

Malaysia Baharu Berteraskan Tadbir...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih pentadbiran Putrajaya selepas...

Barang Rosak, Hilang Boleh...

KUALA BERANG - Pelanggan yang berdepan masalah kerosakan barang kiriman boleh memfailkan tuntutan...

AS Tarik Balik Sekatan...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) hari ini menarik balik pengharaman selama 40 tahun...

Kapal Titanic Baharu RM577 Juta, Tidak Akan Berlayar

KAPAL Titanic yang karam pada tahun 1912 sedang giat dibina semula di China dengan kos £125 juta (RM577 juta).

Karam setelah melanggar bongkah ais di Atlantik, ia menyebabkan 1,500 nyawa tergadai.

Kini, replika yang dibina oleh Seven Star Energy Investment dan Wuchang Shipbuilding itu sudahpun hampir siap.

Malah, foto pembinaan kapal itu dari pandangan udara turut menarik perhatian ramai.

Ia dikatakan mengambil 100 peratus rekaan asal Titanic bagi menghasilkan replika terbaik.

Kapal itu sedang giat dibina di wilayah Sichuan dan tidak akan digunakan untuk berlayar apabila siap kelak.

Sebaliknya, ia akan diletakkan di Romandisea Resort, di Sungai Qi.


Ia juga bakal menempatkan bilik hotel dalam kapal tersebut.

Dimulakan pada 2016, ia berukuran 882 kaki panjang dan berketinggian 175 kaki.

Antara tarikan lain termasuklah muzium interaktif dan binaan tangga ikonik dalam kapal berkenaan, Grand Staircase. – Daily Star

Kategori