Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pua Fail Semakan Kehakiman...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee hari...

10 Negeri Termasuk Dua...

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 negeri termasuk dua wilayah tidak merekodkan sebarang kes positif...

Serpihan Di Thailand Bukan...

PUTRAJAYA - Serpihan dijumpai di pantai di selatan Thailand pada Sabtu tidak sepadan...

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua...

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Kementerian Pendidikan pantau situasi konflik Pakistan, India

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sedang memantau krisis yang semakin memuncak di India dan Pakistan selepas ketegangan dilihat berterusan antara kedua-dua negara.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk mendapatkan perkembangan lanjut berhubung situasi pelajar Malaysia di negara terbabit.

“Kita masih cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung situasi di sana. Kementerian Pendidikan sedang menunggu perkembangan terkini melalui pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Semakan Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Maszlee berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan pelajar Malaysia di kedua-dua negara sekiranya ketegangan terus berlaku.

Wisma Putra semalam meluahkan kebimbangan terhadap ketegangan terbaru di antara India dan Pakistan.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata, sebagai negara yang mempunyai hubungan rapat dan lama dengan kedua-dua negara, Malaysia meminta kedua-duanya sedaya-upaya ‘mengawal diri’ serta mengadakan semula dialog dan rundingan.


Sementara itu, Maszlee berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan universiti terkemuka di luar negara membuka cawangan mereka di negara ini selaras usaha kerajaan menjadikan Malaysia hab pendidikan antarabangsa.

“Banyak universiti luar negara minat datang ke Malaysia sejak kebelakangan ini. Kita sudah tahu ada dua universiti di Jepun sudah mendapatkan kelulusan permohonan mendirikan cawangan universiti mereka.

“Selain itu, University of Sheffield dari United Kingdom turut mahu bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),” katanya ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menolak cadangan penubuhan cawangan Universiti Muhammadiyah di Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh, Muar.

Dalam titah baginda yang dimuat naik di laman web rasmi Royal Johor semalam, Sultan Ibrahim menegaskan penolakan cadangan penubuhan cawangan universiti itu bagi mengelak kekeliruan, perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negeri itu. -BERITA HARIAN

Kategori