Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Doktor Nyanyi, Menari Rap...

PAKAR bedah kosmetik, Dr. Windell Boutte kini berdepan tuntutan saman selepas dia dirakamkan...

Raja Muda Selangor Setuju...

RASMI... Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuiddn Idris Shah akhirnya mengesahkan...

Konsep ‘Fairytale’ Tema Majlis...

PASANGAN sensasi, Fattah Amin dan Fazura sebulat suara memutuskan untuk memilih konsep kisah...

Lelaki Mati Ditembak Kerana...

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan...

Keputusan Tutup Jalan TAR Sebelum 15 Mac

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan berhubung isu penutupan sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kepada kenderaan awam akan dimuktamadkan sebelum 15 Mac.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan maklumat balas pihak berkepentingan terutamanya penjaja dan peniaga di sekitar Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu.

“Kami masih dalam proses perbincangan untuk capai keputusan yang boleh diterima dan dipersetujui oleh semua pihak.

“Namun, kami akan mengumumkan hasil keputusan yang dipersetujui bersama paling lewat pun seminggu sebelum tarikh yang akan dilaksanakan iaitu 15 Mac,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dan bertemu peniaga-peniaga di Jalan TAR di sini, hari ini.

Khalid berkata, hakikatnya banyak perkara perlu dilihat berdasarkan perubahan dan keadaan sedia ada dengan peniaga-peniaga yang sudah lama bertapak perlu dirombak dan disusun kembali terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. – BERNAMA

Kategori