Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kesal Kabinet Majoriti Muslim...

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kesal apabila kabinet kerajaan yang terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak dapat menghalang penganut Islam daripada terlibat dalam aktiviti berkaitan arak.

Mahkamah Tolak Rayuan Ketepi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang bapa...

PRU-15: Wan Azizah Ketinggalan...

Kuala Lumpur : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamarudin Jaffar, sedang mendahului di...

UMNO Dan PAS Boleh...

KUALA LUMPUR - "Mereka boleh cuba," kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Kerajaan Kaji Tubuh RCI Siasat Salah Laku Hakim Kanan

KERAJAAN akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru mengenai salah laku hakim-hakim kanan, kata Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana menteri berkata beliau tahu mengenai dakwaan hakim Mahkamah Rayuan, Dr. Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang telah membuat pendedahan yang mengejutkan.

“Ya, saya tahu beliau telah membangkitkan sesuatu. Tetapi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara ini, kerana sebagaimana yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi.

“Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja),” kata beliau ketika ditanya sama ada kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya itu.

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Kuala Lumpur.


Hakim Hamid, dalam afidavitnya setebal 63 muka surat semalam sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan, antara lain, butiran yang mengejutkan mengenai beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia, termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Kategori