Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Gimnastik Berirama Tuai 2...

DUA wakil negara dalam acara gimnastik berirama di Sukan SEA 2015 membuat kejutan besar...

Pengurus Jadi Mangsa, Che...

NAMPAKNYA kenyataan 'pedas' pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain yang mempersenda individu bertubuh besar...

UM, UPM Tersenarai Dalam...

UNIVERSITI Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) tersenarai dalam 50 kedudukan teratas...

2 Warga Emas Cemas...

JOHOR BAHRU – Dua wanita warga emas berdepan cetik cemas apabila kenderaan dinaiki...

Kura-Kura Gergasi Sudah Pupus Ditemui Di Galapagos

QUITO – Aktivis pemuliharaan alam sekitar di kepulauan Galapagos menemui seekor kura-kura gergasi daripada spesis yang dianggap sudah pupus, lebih sekurun lalu.

Kura-kura gergasi betina itu ditemui di pulau Fernandina, barat negara kepulauan Pasifik terbabit dan dipercayai seekor kura-kura gergasi Fernandina atau nama saintifiknya ‘Chelonoidis phantasticus’. Kali terakhir spesis itu dilihat pada 1906.

Haiwan itu dipercayai berusia kira-kira 100 tahun. Ia dibawa menggunakan bot ke pusat pemuliharaan utama Galapagos di pulau Santa Cruz.

“Haiwan ini berusia lebih 100 tahun dan ia seekor kura-kura yang amat tua,” kata pertubuhan bukan keuntungan Amerika Syarikat (AS) yang melakukan pemuliharaan Galapagos, Galapagos Conservancy, Tapia Washington.

“Penemuan spesimen kura-kura spesis Chelonoidis phantasticus yang dipercayai sudah pupus lebih 100 tahun lalu,” kata Menteri Alam Sekitar Ecuador, Marcelo Mata di Twitter.


Menurut satu kenyataan kementerian, ahli pemuliharaan berharap kura-kura lain spesis sama ada di pulau itu berdasarkan kesan tapak kaki.

Katanya, ujian genetik akan dijalankan untuk mengesankan kura-kura itu adalah daripada spesis yang sudah lama pupus. – Agensi

Kategori