Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Rangkul Pingat Emas...

JAKARTA - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang meraih pingat emas Sukan...

DAP Tangguh Pemilihan Parti...

PETALING JAYA - DAP menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini...

Mansuh SOSMA Tiada Dalam...

PUTRAJAYA - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak tersenarai sebagai akta...

Belia Tidak Harus Dipinggirkan...

PUTRAJAYA - Golongan belia atau Generasi Y tidak seharusnya dipinggirkan daripada aktiviti atau...

Lelaki Dengan Lapan Kesan Tetakan Ditemui Maut

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditemui mati dengan lapan kesan tetakan di sebuah kawasan lapang berdekatan Batu 5, Jalan Kampung Jawa di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Dharmaraj Rajarethinam, 34, ditemukan dalam keadaan terbaring atas tanah oleh seorang lelaki yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata sejurus tiba di tempat kejadian, polis menemui mangsa dengan lapan kesan tetakan di bahagian muka, tangan dan kaki.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membonceng motosikal ditunggang suspek datang ke tempat kejadian secara bersama dan tidak lama kemudian suspek mengejar mangsa dengan parang panjang sebelum kembali ke motosikalnya seorang diri.

“Polis sedang menyiasat motif serangan terhadap mangsa dan sedang mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp. – BERNAMA

Kategori