Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Buaya Gemuk Ikut...

PENGUNJUNG di sebuah kelab golf yang terletak di Englewood, Florida digemparkan dengan kehadiran seekor buaya bersaiz amat...

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh...

Alor Gajah: Pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini, atas pertuduhan...

Beri Subsidi Tak Langsung...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan telah...

Beli Pangsapuri Di Australia:...

JOHOR BAHRU - Sebanyak 24 individu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Lelaki Didakwa Hina Bekas Yang Di-Pertuan Agong

SEORANG bekas pengurus jualan di sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, di laman Facebooknya, bulan lalu.

Eric Liew Chee Ling, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan berdiri di luar kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim MM Edwin Paramjothy.

Lelaki itu yang memakai kemeja lengan panjang warna kelabu serta seluar slack dan kelihatan bersahaja didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profile Facebook “Eric Liew” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, antara pukul 7.01 petang dan 9.23 malam, 6 Januari lepas.

Komen Liew itu kemudian dibaca pada 6 Januari lepas, pukul 8 malam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 2, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Dang Wangi, di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Muhamad Asyraf Md Kamal mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Liew mengambil kira keseriusan kes tersebut apabila komen yang dibuat menyentuh kehidupan peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Peguam New Sin Yew yang mewakili Liew memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dan memberi jaminan yang lebih munasabah.


Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Mohd Sophian Zakaria pula berkata jaminan yang dicadangkan adalah memadai mengambil kira kes itu dikategorikan kes berprofil tinggi kerana membabitkan pemimpin tertinggi negara.

Mahkamah membenarkan Liew diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengguna Facebook memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V, yang mencetuskan kemarahan netizen sebelum beberapa pihak tampil membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan. – BERNAMA

Kategori