Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 22,300 Individu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,300 individu ditahan dalam 12,449 serbuan melibatkan pelbagai kes...

Sharnaaz Ahmad Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Shaznaaz Ahmad dan Noor Nabila yang kini telah pun...

Pemimpin Industri Perlu Sebar...

BANGI - Pemimpin industri minyak sawit dan pengguna perlu menyuarakan bahawa mereka menggunakan...

5 Maut Serangan Bom...

MISRATA (Libya) - Lima terbunuh manakala lapan cedera dalam satu serangan bom nekad...

Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Ketam

MIRI – Seorang lelaki pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mencari ketam di muara sungai di Ladang Segi Pakatan Niah, pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt. Mohd Sabri Zainol berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Muh Tahir Majid Syam, 40, telah keluar bersama anak saudaranya Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, mencari ketam di sungai berkenaan di dua lokasi berbeza.

“Anak saudaranya mencari mangsa di tempat mangsa mencari ketam tetapi mendapati dia tiada di lokasi cuma barang-barang mangsa yang ada di tempat berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, anak saudaranya cuba mencari mangsa di sekitar sungai namun hanya ternampak kepala mangsa terapung di sungai dan terus tenggelam.

“Mayat mangsa telah dijumpai di sungai pada 6 petang ini, hasil siasatan awal mangsa dipercayai dibaham buaya kerana ada kesan luka gigitan binatang di badan mangsa,” katanya sambil menambah mayat sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

Kategori