Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rancang Tambah Zuriat, Scha...

PASANGAN selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari atau Schawal bersedia untuk menambah zuriat...

Isak Cipta Rekod Penjaring...

ABU DHABI - Pemain muda berbakat, Alexander Isak meraikan penampilan pertamanya dalam kesebelasan...

Luahan Sedih Mengenai Nasib...

PERCAYAKAH anda jika kami katakan suatu hari nanti orang Melayu Pulau Pinang akan...

Imigresen Buru Sindiket Bawa...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen sedang memburu ejen atau sindiket terbabit dalam menyeludup...

Meghan Dikritik Ubah Gaya Pertuturan Lebih ‘British’

BERASAL dari Amerika Syarikat (AS), sudah tentu Meghan Markle bertutur dalam loghat bahasa Inggeris negara itu.

Namun, pakar pengucapan yang mengkaji video Meghan mendakwa isteri kepada Putera Harry itu sudah pun mula bertutur dalam bahasa Inggeris loghat British.

Ujarnya, bekas pelakon berusia 37 tahun itu banyak menggunakan fonetik British terutamanya sewaktu berucap atas kapasitinya sebagai kerabat diraja.

“Dia membangunkan gaya pengucapan baharu sekarang.

“Ini adalah situasi yang membuka ruang untuk dia dikritik oleh orang awam.

“Tetapi ia sebenarnya memberi manfaat kepada Meghan. Dia kedengaran lebih British dan aristokrat,” ujar Marisa Brook, pakar linguistik dari Universiti Toronto.


Selain itu, pakar fonetik, Dr. Geoff Lindsey menyifatkan Meghan mula mengubah gaya menyebut perkataan sejak berkahwin dengan Harry.

“Dia mempunyai status dalam sosial, dia harus bertemu ramai orang. Pertuturan dengan loghat British membolehkan dia memberi impresi kepada orang yang ditemuinya.

“Kebolehan ini sangat membantu Meghan. Tapi orang British sukar nak terima jika dia tiba-tiba kedengaran seperti berasal dari EastEnders, atau bertutur macam Permaisuri,” ujarnya lagi. – Daily Star

Kategori