LOS ANGELES – Legenda buku komik Stan Lee, yang menghidupkan fantasi adiwira dalam budaya popular menerusi watak-watak seperti Spider-Man, Iron Man, Hulk, Black Panther dan banyak lagi, diraikan dalam sebuah majlis penghormatan di Hollywood daripada ratusan peminat dan selebriti.
Lee, yang meninggal dunia pada November tahun lalu pada usia 95 tahun, telah menyaksikan hasil karyanya berubah menjadi watak-watak dalam filem yang mencatat keuntunngan besar.
Mendiang juga terkenal kerana sering membuat kemunculan khas (cameo) dalam hampir kesemua filem-filem tersebut.
Sebagai penulis dan pengarang, Lee merupakan pencetus kepada kejayaan Marvel sebagai komik terhebat sekitar tahun 1960-an.
Mendiang bekerjasama dengan artis komik seperti Jack Kirby dan Steve Ditko untuk mencipta watak-watajk adiwira yang diminati serta dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.
People from all walks of life have one thing in common today on the red carpet. They are fans. #StanLeeTribute pic.twitter.com/o40nmHo4X4
ā stan lee (@TheRealStanLee) January 31, 2019
Sutradara Kevin Smith, yang dikenali kerana arahannya dalam filem seperti Chasing Amy dan Clerks, serta program televisyen Comic Book Men, bertindak sebagai hos majlis penghormatan itu di TCL Chinese Theater.
“Individu sepertinya tidak akan ada lagi selepas ini. Saya bukan semata-mata bercakap tentang professionalisme beliau melalui hasilkerjanya, malah memikirkan tentang seluruh semesta watak-watak yang diciptanya. Itu tidak akan dihasilkan lagi,ā ujar Smith.
Aktor Wesley Snipes yang memainkan watak Blade, berkata: āLee merupakan inspirasi kepada semua artis kreatif dan mengingatkan kita betapa kreativiti itu tidak akan terbazir begitu saja.ā – Agensi
Stan made everyone feel like they were a superhero. We are proud to join his family, friends, colleagues and fans in honoring his memory and legacy today at the @TCLChineseTheatres. #StanLeeTribute pic.twitter.com/q8FNLuMkK9
ā stan lee (@TheRealStanLee) January 30, 2019