Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Buli: Kertas Siasatan...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja dipukul sehingga cedera parah...

Alif Satar Minta Isteri...

PETALING JAYA - Penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu dia telah meminta isterinya...

GST: Daya Saing Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan meletakkan Malaysia pada...

Gempak Betul Karya Seni...

Pasti anda kagum melihat hasil-hasil kreatif yang bakal kami tunjukkan ini.Siapa sangka daging...

‘Mesej Dalam Botol’ Ditemui Semula Selepas 17 Tahun

SEORANG wanita yang mencampakkan botol mengandungi mesej ke laut semasa umurnya tujuh tahun ditemui semula, selepas 17 tahun.

Emily Edwards, 25, mencampakkan botol di Rhyl, utara Wales, semasa percutian keluarga pada 2001.

Sam Hammond menjumpainya di Nefyn, Wales minggu lalu, hampir 97 kilometer jauhnya.

Menerusi perkongsi di Telford Live, nota tersebut mengandungi poskod di Telford, tarikh dan nama Emily.

Ibu Sam, Sue Cookson berkata: “Sam berkunjung dari London dan menemuinya di pantai dekat rumah kami semasa dia pergi berlari.

“Kami tidak pernah menemui apa-apa seperti itu sebelum ini, maka tentunya seronok untuk cuba mencari dia.”

Beberapa jam selepas itu, Emily tampil mendedahkan dia mendapat idea tersebut selepas menonton filem Message in a Bottle.


Dia yang kini tinggal di Shrewbury berkata: “Saya lihatnya dan saya fikir, saya masih mempunyai tulisan tangan yang sama.

“Pelik, saya tidak pernah menjangkakan ia akan datang kembali.”

Tambah Emily, dia tidak sabar untuk berkongsi kisah tersebut bersama anak perempuannya yang berusia lapan bulan, Luna. – BBC

Kategori