Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

16,840 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16,840 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah...

13 Ahli Sindiket Dadah...

JOHOR BAHRU - Seramai 13 ahli sindiket yang dipercayai terlibat dengan rampasan dadah terbesar...

14.79 Juta Tenaga Buruh...

PUTRAJAYA - Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79...

“Jangan Ganggu Filipina, Wakil...

GARA-GARA mengkritik Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang disifatkan mengancam seorang hakim kanan negara...

Mesir Dedah Penemuan 50 Mumia

MINYA – Ahli arkeologi Mesir menemui sebuah makam mengandungi 50 mumia dari zaman Ptolemaic, di Minya, selatan Kaherah, kata kementerian kepurbaan, semalam.

Kira-kira 12 daripada 50 mumia itu yang juga anak-anak ditemui di dalam ruang pengebumian berukuran 4 x 9 meter di tapak arkeologi Tuna El-Gebel.

Setiausaha umum Majlis Tertinggi Kepurbaan, Mostafa Waziri, berkata identiti mumia berkenaan masih belum diketahui.

“Ia adalah jelas dari kaedah mumifikasi yang menyatakan bahawa individu di makan itu mempunyai kedudukan tertentu dengan memegang jawatan penting atau berprestij,” katanya Mostafa.

Pelawat, termasuk duta besar dari beberapa negara, berkumpul di tapak penemuan untuk melihat 40 mumia ketika majlis pengumuman.


Sebahagian mumia dibungkus dengan kain linen manakala yang lain ditempatkan di dalam keranda batu atau kayu sarcophagi.

Penemuan arkeologi itu adalah yang pertama tahun ini menerusi misi bersama Pusat Penyelidikan Pengajian Arkeologi Universiti Minya. – Agensi

Kategori