Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Amar Tak Mengaku Sedang...

PETALING JAYA - Pelakon Amar Baharin menyangkal dakwaan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan...

Parah Dihempap Lembu Jatuh...

KOLKATA - Seorang lelaki patah kaki, tulang rusuk dan cedera parah di kepala...

HydraDock: Doc Penambah Sambungan...

DEK kerana keputusan Apple yang hanya meletakkan satu sahaja port sambung USB-C pada...

Kerajaan Perlu Serius Warta...

KANGAR: Cadangan untuk mewartakan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, sekurang-kurangnya enam...

MP ‘Seksi’ Ketika Angkat Sumpah Terima Ugutan Rogol

BRAZIL – Seorang Ahli Parlimen Brazil menerima ugutan rogol selepas memakai pakaian yang menampakkan ‘lurah’ di dadanya.

Ana Paula da Silva, 43, sebelum ini memakai gaun merah berkenaan semasa majlis angkat sumpah di parlimen.

Pakaian yang menampakkan ‘lurah’ ahli parlimen itu juga menimbulkan kecaman netizen di media sosial kerana didakwa tidak sesuai dengan acara rasmi berkenaan.

Dalam pada itu, Da Silva melalui laman Instagramnya menegaskan, beliau selesa berpakaian sedemikian semasa majlis angkat sumpah itu.

Malah, beliau sedia mengambil tindakan saman ke atas mana-mana individu yang membuat ugutan terhadapnya.


Da Silva, 43, dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi Santa Catarina pada Januari lalu dengan lebih 50,000 undi.

Beliau sebelum ini adalah Datuk Bandar Bombinhas. – Agensi

Kategori