Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lokasi Nur Sajat Menyorok...

KUALA SELANGOR - Masih diselubungi misteri apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) belum...

Kawalan Sempadan Oleh AADK...

KUALA NERANG - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Padang Terap akan terus berkolaborasi...

Festival Belon Udara Panas...

HATYAI - Sebanyak 12 negara menyertai Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Hatyai 2016...

Doktor Bedah Lidah Sendiri...

CHINA – Kerana sayangkan isteri yang sudah lama menderita akibat dengkurannya ketika tidur,...

Najib Tetap Ke UKM Selepas Dialog Bersama Pelajar Batal

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Razak mendakwa pihak berkuasa menggagalkan satu dialog beliau dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mempersoalkan komitmen Menteri Pendidikan, Maszlee Malik membenarkan kebebasan bersuara dalam kampus.

Walaupun dialog itu ditangguhkan, bekas perdana menteri itu difahamkan tetap akan ke kampus UKM di Bangi untuk bersama pelajar menunaikan solat Jumaat di masjid universiti itu.

Ia akan disusuli mesyuarat tidak rasmi dengan wakil pelajar di sebuah restoran berhampiran.

Najib berkata, penganjur sudah memenuhi semua syarat penganjuran dialog itu.

“Sebenarnya, saya sudah sedia untuk pakai kasut hitam ke forum ini sebagai tanda sokongan saya kepada beliau.

“Tak mengapalah. Saya ok. Saya faham,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Dialog anjuran Persatuan Mahasiswa UKM itu sepatutnya berlangsung 3.30 petang ini di bangunan Pusanika universiti itu.

Semalam, Naib Canselor UKM, Prof. Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pihak pentadbiran universiti itu tidak dimaklumkan mengenai program berkenaan.


“Saya rasa ia ditangguhkan ke tarikh yang lebih sesuai, bukannya batal,” katanya sambil menambah UKM tidak mewajibkan sebarang program anjuran pelajar perlu mendapat kelulusan beliau atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Bagaimanapun, Najib mempertikaikan dakwaan itu.

“Mereka kata program ini ditangguh bukan dibatal. Tetapi, ianya ditangguh tanpa sebab dan tanpa tarikh baru diberikan. Maksudnya, sudah batallah tu,” tulisnya di Facebook hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Muhammad Izzat Ebrahim kecewa dengan keputusan UKM menangguhkan dialog itu.

“Permohonan program ini dilaksanakan mengikut prosedur seperti yang dikehendaki pihak universiti, iaitu mengisi I-Star seterusnya mendapat surat kelulusan untuk tindakan selanjutnya seperti tempahan tempat di Pusanika.

“Berita ini bukan satu berita yang menggembirakan kerana kebanyakan mahasiswa ingin berjumpa dengan bekas perdana menteri Malaysia ke-6 untuk berkongsi idea dan kupasan semasa berkaitan mahasiswa hari ini.” – FMT

Kategori