Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DUKE Kembali ke Kaca...

PROGRAM 30 Minit yang sebelum ini meletup dengan ketrampilan Ustaz Daniyal Don Biajid...

TMJ Perlu Disokong Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim perlu disokong dan...

JDT Kuasai Anugerah Bola...

PETALING JAYA - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menguasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan...

11 OKU Sertai Cabaran...

IPOH - Sebanyak 11 peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjayakan cabaran ekspedisi...

Nelayan Labuan Tangkap Kerapu Gergasi 241kg

LABUAN – Seorang nelayan Labuan berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 241 kilogram setelah bertarung hampir setengah jam di perairan Semarang.

Menurut seorang penjual ikan tempatan yang dikenali sebagai Rosli, seorang tauke mi ikan membeli ikan tersebut, yang dikenali penduduk tempatan sebagai keratang, pada harga RM13,255.

Rosli berkata, nelayan terbabit, yang menjual sumber laut kepada penjual ikan di sini, telah mendaratkan ikan gergasi itu dengan menggunakan joran dan kekili (reel) di perairan itu berhampiran pelantar minyak Sumandak Charlie beberapa hari lepas.

Nelayan itu kemudian membawa hasil tangkapannya itu ke pasar basah Labuan pada Rabu lalu.
Perairan Semarang dekat Labuan sangat popular dengan aktiviti memancing laut dalam. – BERNAMA

Kategori