Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Miliki 200...

LONDON - Bintang bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo muncul selebriti yang memiliki...

TMJ Penaung Persatuan Pemain...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memenuhi...

Ryan Reynolds Dikritik Salah...

INGATKAN selebriti Malaysia je yang selalu kena kritik kaw-kaw oleh pengikut mereka di...

Sultan Selangor Berkenan Berbuka...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama...

Nicol David Berhak Terima Imbuhan Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bekas juara dunia skuasy, Datuk Nicol David berhak menerima lebih daripada pencen sebagai imbuhan terhadap sumbangannya mengharumkan nama negara.

Enggan mendedahkan jumlah pencen atau insentif lain yang bakal diterima Nicol, beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) masih berbincang dengan bekas ratu skuasy negara tersebut termasuk sebarang bantuan dan rancangan yang mahu dilakukan Nicol.

“Beliau berhak terima lebih daripada pencen memandangkan beliau adalah juara dunia lapan kali. Tetapi bentuk bantuan (yang akan diberi), biarlah dia sendiri yang umumkan. Kita beri dia ruang dan hormatinya untukbeliau umumkan sendiri,” kata Syed Saddiq yang ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Konflik Kepentingan: Analisis dan Syor berhubung Pencegahan Naungan Politik dan Rasuah di Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Syed Saddiq dilapor mengarahkan kementeriannya memberikan bantuan kepada Nicol dalam menjayakan perancangannya membangunkan sukan skuasy di negara ini.

Selesa lalu, Nicol yang menceburi sukan tersebut lebih dua dekad lalu mengumumkan bakal menamatkan kariernya pada Jun nanti, selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018/19 berakhir. – BERNAMA

Kategori