Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ubat Pertama Cegah COVID-19,...

LONDON: Ubat pencegah COVID-19, Evusheld, buatan AstraZeneca mendapat kelulusan penggunaan di United Kingdom...

Anggota PGA Lemas, 1...

SANDAKAN - Seorang anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA)  Sandakan ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas...

SPRM Pahang Tahan Pegawai...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Dua Kes Import Di...

SINGAPURA: Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat...

Operasi SAR Cari Pelancong Finland Terus Buntu

ROMPIN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong warga Finland yang hilang di Pulau Tioman sejak 11 hari lalu terus menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk baharu selepas dia dilaporkan hilang bermula 23 Januari lalu.

Keadaan itu menyebabkan penduduk pulau mengambil inisiatif membantu pasukan SAR mencari dengan cara alternatif iaitu mengggunakan khidmat bomoh bagi mencari mangsa yang dipercayai masih berada di kawasan Kampung Paya, Pulau Tioman.

Tinjauan Bernama di Pulau Tioman mendapati operasi giat dilakukan sejak awal pagi oleh seramai 68 anggota dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam dengan dibantu oleh tiga ekor anjing pengesan.

Bagaimanapun, pada jam lebih kurang pukul 3 petang tadi sekumpulan penduduk kampung dengan diketuai oleh seorang lelaki dipercayai bomoh turut masuk ke kawasan hutan berhampiran Paya Beach Resort bagi membantu pencarian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, walaupun tidak menemui sebarang petunjuk, pihaknya yakin mangsa, Nikitin Aleksis Elus Valtteri, 20, masih berada di pulau peranginan berkenaan. – BERNAMA

Kategori