Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bawa Balik Pelajar Perlu...

KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan membawa balik pelajar Malaysia di Sana'a, Yaman bertepatan...

Adinda Sultan Kelantan Buat...

KOTA BHARU - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Puteri membuat laporan polis...

DUN P. Pinang Lulus...

GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan usul tergempar mengenai pelaksanaan...

Pemain Malaysia Perlu Amal...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan agar...

Operasi SAR Warga Pakistan Masuk Hari Ketiga

DUNGUN – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Pakistan yang dikhuatiri lemas di Pantai Paka diteruskan untuk hari ketiga di kawasan sekitar 20 kilometer dari pantai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, operasi hari ini disertai 26 anggota penyelamat termasuk bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan enam bot.

“Selain bot agensi kerajaan, kami turut mendapat bantuan daripada bot nelayan tempatan dan kelab kenderaan pacuan empat roda di sini yang menghulurkan bantuan sejak hari pertama lagi.

Untuk hari ini, pencarian diperluas ke Pantai Kerteh selepas mengambil kira kemungkinan bahawa mangsa telah dihanyutkan ke luar dari pantai itu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Pada 6 Februari lepas, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, yang datang bercuti di negeri ini dilapor dihanyutkan ombak besar ketika mandi di pantai itu bersama tiga lagi rakannya kira-kira pukul 2.30 petang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori