Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ops Selamat 11: PDRM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kamera Intelligent Compound Online...

ST Tumpas Sindiket Curi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga (ST) menumpaskan sebuah sindiket yang dipercayai terlibat dalam...

Hampir 70 Peratus Kluster...

PETALING JAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata...

Bawa Bekas Makanan Sendiri...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan masyarakat...

Paru-Paru Adib Cedera Parah, 4 Tulang Rusuk Patah

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu, paru-paru anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, didapati cedera parah akibat objek tumpul manakala empat tulang rusuknya patah ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tahun lalu.

Doktor Bahagian Kecemasan SJMC, Dr. M Nantha, 39, menerima seorang pesakit dalam keadaan kritikal iaitu sukar bernafas, tidak sedarkan diri dan mengeluarkan suara sukar difahami ketika ketika bertugas di wad kecemasan SJMC, 27 November tahun lalu.

Selepas membawa pesakit ke zon merah, beliau membuat pemeriksaan pada muka dan abdomen pesakit tetapi tiada kecederaan.

Beliau kemudian mendapati kesan lebam di rusuk kanan, menekan perlahan kawasan itu dan mengesan retakan di tulang rusuk.

Saksi ke-12 itu berkata, denyutan nadi pesakit lemah dengan kiraan 145 setiap minit manakala oksigen pesakit hanya 48 peratus iaitu pada bawah paras normal 95 peratus.

Dr. Nantha kemudian memutuskan untuk melakukan intubasi iaitu memasukkan tiub endotrakeal (ET) melalui mulut ke tenggorok dan kemudian ke saluran udara bagi membolehkan mangsa bernafas.

“Saya memeriksa bahagian depan badan pesakit dan mendapati ada kesan lebam di rusuk kanan dan mengarahkan x-ray (sinar-x) dilakukan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Pegawai Pengendali Kes, Zhafran Rahim Hamzah, dalam perbicaraan inkues kematian Muhammad Adib yang parah dalam kejadian kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, tahun lalu.

Zhafran: Boleh huraikan apa yang kamu dapati di bahagian kanan rusuk pesakit selepas membuat sinar-x?

Dr. Nantha: Saya dapati ada retakan di rusuk kanan mangsa. Ada empat tulang rusuk yang patah dan juga kecederaan pada paru-paru.

Zhafran: Apakah kecederaan major (utama) yang pesakit alami ketika itu?

Dr. Nantha: Kecederaan paru-paru adalah kecederaan major dialami pesakit dan pada asasnya kecederaan itu menyebabkan paru-paru pesakit luka.

Zhafran: Kemudian apa yang kamu lakukan?


Dr. Nantha: Saya bersama dua lagi doktor pakar mengambil keputusan melakukan tiub dada kerana kami dapati barangkali pesakit berdepan dengan Pneumothorax.

Zhafran: Apa maksud Pneumothorax?

Dr. Nantha: Pneumothorax iaitu pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga antara paru-paru dan dinding dada yang disebabkan kebocoran antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) sehingga menyebabkan paru-paru menjadi kecut.

Dr. Nantha seterusnya mengarahkan Imbasan CT dilakukan untuk melakukan pemeriksaan pemeriksaan menyeluruh pada badan pesakit.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam melakukan intubasi dan tiub dada, beliau mendapati muka, abdomen, badan dan skrotum pesakit bengkak.

Katanya, ia mungkin disebabkan oleh Sub Cutaneous Emphysema iaitu kebocoran udara di bawah kulit pesakit.

Dr. Nantha berkata, punca kebocoran disebabkan paru-paru cedera yang berkemungkinan menyebabkan udara dari paru-paru keluar.

Menjawab soalan Zhafran jika kesan lebam pada lengan kanan Muhammad Adib disebabkan cengkaman tangan atau hentakan objek tumpul, beliau percaya ia disebabkan hentakan.

Dr. Nantha berkata, beliau turut menemui tiga lelaki India yang membawa pesakit itu ke SJMC pada pagi berkenaan.

“Saya bertanya kepada mereka apa punca kecederaan pesakit tetapi gerak-geri mereka seperti tidak pasti dan saya tidak bertanya dengan lebih lanjut kerana perlu meneruskan rawatan kepada pesakit lelaki itu,” katanya yang memberi keterangan dalam bahasa Inggeris pada perbicaraan inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad. – BH Online

Kategori