SEORANG wanita dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita lain tidak dikenali, berada di kolam renang rumahnya.
Kejadian itu didedahkan oleh Billi Fitzsimons menerusi satu posting di MamaMia.com.au.
Billi mendakwa selepas meninggalkan tempat kerja pada pukul 2 petang pada hari kejadian, dia pulang ke rumah untuk berehat di kolam renang rumah keluarganya memandangkan cuaca baik.
“Terdapat seorang gadis di kawasan kolam renang,” katanya.
“Begitu menjengkelkan kerana saya benar-benar berharap untuk berenang tanpa gangguan,” tambahnya.
Namun, Billi tidak bersemuka dengan individu berkenaan, sebaliknya masuk semula ke dalam rumah untuk bersembunyi.
Dia menghantar mesej kepada abangnya sama ada mengenali gadis terbabit.
Menurut abangnya, gadis itu dikenali yang merupakan rakan kepada seorang rakannya.
Abang Billi sebenarnya telah menjemput seorang rakan datang ke rumah, dan rakannya itu membawa seorang gadis untuk menemaninya.
Selepas rakan abangnya beredar, gadis tersebut masih berada di rumah mereka dan menghabiskan masa sepanjang hari, semata-mata untuk merakamkan gambarnya bagi akaun Instagram.
Bukan setakat itu, ‘story’ Instagram gadis itu turut memuat naik sekeping gambar dirinya meminum minuman keras di kolam renang.
“Personaliti media sosial itu membuka botol minuman keras dan menuangkannya ke dalam gelas, hanya untuk mengambil gambar,” ujar Billi.
Dia menambah: “Jika mempengaruhi merupakan seni penipuan, maka Instagaram ada galeri. Dan sampai begitu sekali orang-orang begini sanggup melakukannya semata-mata untuk mendapatkan like (tanda suka di Instagram).” – Mirror UK