Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tonto Cuba Bunuh Anggota...

KANGAR - Dua lelaki termasuk seorang tonto sindiket seludup yang cuba membunuh anggota...

Pelajar Universiti Sertai Bersih...

ARAU - Pelajar universiti yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0 boleh dikenakan tindakan...

2 Pusat Pemindahan Banjir...

MELAKA – Keadaan banjir di Melaka semakin pulih apabila dua buah pusat pemindahan...

Dakwa Imam Mahdi Muncul...

SEREMBAN - Mendakwa akan berlaku kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lalu antara...

Pemandu Grab Didakwa Rogol, Rompak Gadis

SEORANG pemandu sambilan Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth atas dua pertuduhan merogol dan merompak seorang gadis berusia 20 tahun di Tanah Perkuburan Cina dekat sini, Februari tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, Anuar Shaiful Rizuan Rozali, 31, didakwa merogol gadis itu yang juga seorang penuntut kolej swasta di Tanah Perkuburan Cina Sungai Lembu, Bukit Mertajam, pada 4 petang, 8 Februari 2018.

Untuk itu tertuduh yang juga pekerja kilang didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa merompak gadis berkenaan pada masa, tarikh dan tempat sama dan untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md Zain tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan keseriusan kes yang dilakukannya.


Anuar Shaiful yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dia dibebaskan dengan jaminan kerana dia hanya bekerja kilang dengan pendapatan hanya RM1,500 sebulan dan terpaksa membuat kerja sambilan memandu Grab untuk menambah pendapatan.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh agar tidak mendekati mangsa serta menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori