Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Setiausaha MDKS Meninggal Dunia...

KUALA SELANGOR - Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin meninggal dunia...

Jual Dara Untuk Selamatkan...

HANGZOU (China) - Seorang pelajar perempuan di sini cuba menjual dara kerana terlalu...

Budak Darjah 5 Ditendang,...

SEMUANYA bermula tahun lalu apabila beg sekolahnya hilang dipercayai dicuri beberapa orang pembuli...

Transformasi Automotif Untuk Mobiliti...

SERDANG – Dasar Automotif Negara (NAP) 2018 akan terus mendukung transformasi​​​​​​​ industri automotif...

Pendaki Cedera Diusung Turun Dari Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU – Seorang pendaki terpaksa diusung turun dari puncak Gunung Kinabalu selepas tergelincir dan mengalami kecederaan di kaki ketika berada di puncak gunung berkenaan pagi tadi.

Dorothy Junie John Nuing, 42, dibawa turun menggunakan pengusung oleh pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) dan anggota bomba dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, balai bomba Ranau menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.10 pagi.

“Dua anggota bersama lima anggota Mosar telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat pukul 3.40 petang tadi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu anggota penyelamat mengangkat mangsa dengan dua kaedah iaitu “piggy back carry” hingga ke Rockface, sebelum mengusung mangsa menggunakan kaedah “robinson stretcher” sehingga ke Timpohon Gate. – BERNAMA

Kategori